Tentang Kit


Apakah Kit Seronoknya Ramadhan?

Kit Seronoknya Ramadhan adalah cetusan apabila melihat pendidikan di Malaysia kurang menekankan aspek penghayatan bulan Ramadhan pada individu, keluarga dan masyarakat. Bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah, rahmat dan keampunan Allah sewajarnya menjadi tetamu yang sangat ditunggu-tunggu kehadirannya dan disambut dengan penuh kemuliaan.

Justeru lahirnya KSR pada tahun 2014 sebagai pencetus kesedaran dan penghayatan Ramadhan kepada semua pihak terutamanya anak-anak tadika, ibu bapa dan guru. Idea ini adalah kerana keterujaan kami melihat umat Islam di luar negara mendidik dan melatih anak-anak menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan. 


9 item di dalam Kit Seronoknya Ramadhan

Untuk Siapakah Kit Seronoknya Ramadhan?
Target utama kami adalah anak-anak syurga yang sudah sedia untuk belajar berpuasa, dalam lingkungan umur 5, hingga tahun. 

Kami mengakui pada umur ini anak-anak belum wajib berpuasa dan melakukan ibadah wajib yang lain. Namun, sebagaimana solat yang perlu dididik dan dilatih dari awal, begitu juga puasa.

Justeru, Kit Seronoknya Ramadhan ini adalah sebagai galakan dan motivasi untuk anak-anak supaya merasai latihan solat, puasa, dan akhlak mulia pada bulan ini dengan cara yang menyeronokkan.

Kit ini tidak terhad kepada anak-anak sahaja, malah seisi keluarga juga boleh mengambil manfaat daripadanya, insya-Allah.

Apakah Mesej Kit Seronoknya Ramadhan?

Mesej yang ingin disampaikan dengan penghasilan KSR adalah:


  • Bagi menyampaikan mesej Ramadhan kepada anak-anak, ibu bapa dan guru dari peringkat awal.
  • Menerapkan latihan amali solat, puasa, akhlak mulia dan pengetahuan berkaitan Ramadhan secara santai, menarik dan menyeronokkan.
  • Ibu bapa menjadi ketua yang mencipta kesedaran menghayati Ramadhan kepada anak-anak dan ahli keluarga di rumah.
  • Anak-anak dapat merasai kemanisan bulan Ramadhan melalui bahan KSR.
  • Guru dapat menyemarakkan suasana dan penghayatan Ramadhan yang menyeronokkan di tadika dan sekolah.


Bila KSR Bermula?

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas hidayah dan inayahNya, projek Kit Seronoknya Ramadhan ini dapat direliasasikan buat pertama kalinya pada Jun 2014. 

Idea asal penghasilan kit ini tercetus pada April 2014 selepas syarikat kami, Firdausi Solution mendapat kupon baucer iklan PERCUMA di akhbar  NSTP yang bernilai RM2000. Sungguh, waktu itu kami ambil serius untuk merebut peluang keemasan itu bagi memperkenalkan produk pertama kami sendiri.

Namun, perancangan Allah adalah yang terbaik. Dalam kesibukan menguruskan produksi editorial, pemasaran dan transaksi pembelian, cetakan pertama sebanyak 900 unit habis dijual dalam tempoh 3 minggu sebelum Ramadhan 1435. Oleh kerana permintaan di luar jangkaan kami, rupa-rupanya kami tidak sempat pun mengiklankan tentang KSR ini di akhbar NSTP, stok berbaki 100 set sahaja! Masya-Allah, Alhamdulillah, syukur ya Allah. 

Memasuki tahun ke-2 pada Mei 2015 ini, kami berbesar hati meneruskan penerbitan Kit Seronoknya Ramadhan ini, Insya-Allah. Kami berharap usaha kecil ini diterima ramai ibu bapa dan guru selaku pendidik kepada anak-anak dan pelajar di rumah dan sekolah.

Siapa Pengguna Kit Seronoknya Ramadhan?

Alhamdulillah, walaupun rancangan pemasaran kami tidaklah begitu teratur, kuasa Allah mengatasi segalanya. Dengan usaha dan komitmen jitu daripada stokis, pengedar dan ejen dropship yang sungguh komited, sebanyak 900 unit Kit Seronoknya Ramadhan terjual di Malaysia, Singapura, Jepun, Australia dan Jakarta.



Pelanggan KSR di Singapura

Kebanyakan pelanggan kami yang mendapat manfaat daripada KSR ini adalah ibu bapa yang pernah tinggal di luar negara (UK dan US terutamanya) kerana menyambung pengajian atau bekerja di sana beberapa waktu. Kehadiran kit ini seolah-olah menggamit kenangan dan memori manis semasa di perantauan kerana Muslim di negara Barat sangat menitikberatkan bulan Ramadhan. 

Selain itu, sudah pastilah ibu bapa di Malaysia yang mahukan anak-anak mereka mengalami pengalaman manis berpuasa dan berpesta ibadah yang lainnya. Ada juga pihak tadika dan sekolah yang membelikan KSR untuk para pelajar yang baru belajar berpuasa kali pertama.

Hampir beberapa hari menjelang Ramadhan, ada juga seorang ibu yang membeli 7 set KSR untuk setiap ahli keluarganya, daripada ibu, ayah dan 5 orang anaknya. Subhanallah!

Masya-Allah, sungguh, ia satu pengalaman manis yang tidak akan kami lupakan. Alhamdulillah.

Kami dengan rendah hati mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama berganding bahu menyokong dan menyebarkan kemanisan sambutan Ramadhan ini untuk dirasai oleh anak-anak syurga dan seisi keluarga.

No comments:

Post a Comment