Sunday, May 17, 2015

Ahlan wasahlan!

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke blog Kit Seronoknya Ramadhan! 

Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. :)

Insya-Allah, di blog ini kami akan salurkan info dan perkongsian tentang produk sulung kami, yang lahir pada tahun lepas, 2014. Alhamdulillah, kami namakan sebagai Kit Seronoknya Ramadhan. 


Di sini juga kami akan kongsikan pengalaman anak-anak yang telah mendapat manfaat daripada kit ini.
Kami teruja dan seronok untuk mendengar cerita dan kisah anak-anak anda melalui bulan mulia ini. Sebab itulah, kami meneruskan jualan KSR ini pada tahun ini. 

Hasrat dan harapan kami, lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada sedikit usaha kecil kami.

Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pendapat para ibu bapa dan guru serta pelanggan semua, untuk penambahbaikan pengisian, kualiti dan apa sahaja yang berkaitan.

Semoga anda juga mendapat manfaat kerana singgah di blog ini.


Teruskan mengembara dan menyokong kami ya!





No comments:

Post a Comment